Infrastruktur | Lebih 1,000 penduduk rayu jalan dinaik taraf

  • 2 tahun lalu
Lebih 1,000 penduduk Orang Asli di 13 buah kampung di Pos Balar, Gua Musang, Kelantan berharap kerajaan menaik taraf jalan perhubungan kampung mereka.

Sejak lebih 50 tahun lalu, mereka tiada pilihan selain menggunakan jalan balak yang rosak teruk sehingga menjejaskan aktiviti dan kehidupan harian mereka.