Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam memerintahkan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo dan isterinya, Zaharah Kechik melantik hakam Islah bagi kes perceraian mereka.
Hakim Syarie Masnizar@Mohd Nizar Mohtar memutuskan demikian selepas Jawatankuasa Pendamai (JKP) didapati gagal mengislahkan perkahwinan kedua-dua pihak terlibat.
Menurutnya, plaintif, Zaharah masih tekad untuk berpisah manakala defendan, Dr Mohamad Khir mahu membincangkan hal tersebut.
Berikutan itu, kedua-dua pihak perlu melantik hakam Islah dan sebutan semula kes ditetapkan pada 14 Julai depan.
Baca artikel penuh DI SINI: https://bit.ly/3OsJtBU