Ekonomi | Sarawak sasar pertumbuhan enam peratus tahun ini

  • 2 tahun lalu
Sarawak sasar pertumbuhan ekonomi sekitar lima ke enam peratus bagi tahun ini selepas catat pertumbuhan sekitar tiga ke empat peratus pada 2021 di sebalik kelembapan ekonomi global.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sasaran tahun 2022 dibuat berdasarkan ekonomi negeri kembali normal selepas pembukaan semula sempadan antarabangsa.