COVID-19 | Lebih 15,000 kes baharu COVID-19 dikesan minggu ini

  • 2 tahun lalu
Sebanyak 15,564 kes harian baharu COVID-19 dikesan dalam tempoh seminggu ini (18 Jun hingga 24 Jun 2022), menjadikan kes kumulatif Malaysia meningkat kepada sebanyak 4,552,359.

Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 18.1 peratus berbanding jumlah kes pada seminggu lepas (11 Jun hingga 17 Jun) sebanyak 13,177 kes.

Disyorkan