Bekas isteri bos Naza serah diri, akur hukuman penjara 7 hari

  • 2 years ago
Emilia Hanafi, bekas isteri pengerusi kumpulan Naza SM Faisal SM Nasimuddin, akur dengan hukuman penjara oleh Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin depan (27 Jun), menurut peguamnya.

Wanita berusia 43 tahun itu dijatuhkan hukuman penjara tujuh hari kerana menjadualkan semula tarikh lawatan secara sebelah pihak untuk anak-anaknya bersama bapa mereka, SM Faisal.

Emilia pada 8 Jun memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar hukumannya.

Bagaimanapun semasa sidang media hari ini, Emilia memberitahu pemberita bahawa atas nasihat undang-undang, dia telah membuat keputusan sukar untuk menyerahkan diri.