MCMC | Celcom, Digi dan U Mobile dituntut tingkat kualiti perkhidmatan

  • 2 tahun lalu
Suruhanjaya Telekomunikasi dan Multimedia MCMC menuntut tiga syarikat telekomunikasi Celcom, Digi dan U Mobile untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pengalaman pengguna mengikut standard mandatori bagi kualiti perkhidmatan (MSQOS).

Kegagalan memenuhi arahan suruhanjaya berkenaan boleh mengakibatkan syarikat telekomunikasi tersebut dikenakan penalti sehingga RM200,000.