Rangkaian 5G | IATA mahu pengenalan rangkaian yang selamat
  • 2 tahun lalu
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menggesa kerajaan untuk bekerjasama rapat dengan industri penerbangan dalam menjamin keselamatan sistem penerbangan ketika ia sedang memperkenalkan perkhidmatan teknologi 5G.

Menurut persatuan itu, kerajaan masih perlu mengekalkan tanggungjawab terhadap tahap keselamatan penumpang, kru penerbangan dan pesawat di sebalik kepentingan ekonominya dalam menjadikan spektrum itu tersedia untuk menyokong telekomunikasi tanpa wayar komersial generasi akan datang.