MH370 | Ocean Infinity nyata kesediaan cari pesawat MH370

  • 2 tahun lalu
Ocean Infinity (OI) Limited bersedia untuk meneruskan operasi pencarian pesawat Malaysia AIRLINES MH370 berdasarkan perjanjian "tiada penemuan, tiada bayaran".

Syarikat robotik marin itu dalam pertemuan dengan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong pada isnin menyatakan kesediaan itu berikutan perkembangan terkini dalam aspek dalam teknologi, kemahiran, dan keupayaan, berbanding lima tahun lepas.