Kes Pengasas Dnars | Polis Kelantan akan dapatkan maklumat dari polis Thailand

  • 2 tahun lalu
Polis Kelantan akan mendapatkan maklumat terperinci dari pihak polis Thailand dan Interpol bagi membantu siasatan susulan laporan polis yang dibuat ahli keluarga pengasas produk kecantikkan, Dnars Skincare Allahyarham Faziani Rohban Ahmad yang terlibat dalam satu kemalangan di Pattani, Thailand pada 2019.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan menjurus kepada laporan yang mengaitkan beberapa individu.