Kekerapan LRT | Dijangka dipertingkat bermula Ogos ini

  • 2 tahun lalu
Kekerapan tren bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dijangka dapat dipertingkat bermula Ogos hingga November ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, kekerapan antara tren akan dikurangkan daripada lapan minit kepada sekurang-kurangnya lima minit selepas lebih banyak gerabak rosak diperbaiki.

Jelas beliau lagi, pihaknya menetapkan sasaran antara Ogos dan November kerana perlu melakukan banyak penyelenggaraan pencegahan atas faktor keselamatan.