Penggunaan Ganja | KKM sedang jalankan kajian secara terperinci
  • 2 tahun lalu
Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) akan menjalankan kajian secara terperinci sebelum membenarkan penggunaan kanabis atau ganja sebagai salah satu kaedah perubatan.

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata pihaknya sedia mempertimbangkan penggunaan bahan tersebut sekiranya terdapat bukti saintifik dalam penggunaannya untuk perubatan.