The Fed | Kadar Faedah naik 0.75 peratus, tertinggi sejak 1994

  • 2 tahun lalu
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (The Fed) meningkatkan kadar faedah sebanyak 0.75 peratus pada rabu, sebagai langkah agresif untuk melawan inflasi yang melambung tinggi di negara itu.

Ia merupakan peningkatan kadar faedah tertinggi sejak 1994, dan dijangka memberi kesan kepada berjuta perniagaan dan isi rumah di amerika dengan peningkatan kos pinjaman bagi perumahan, kenderaan dan pinjaman lain.

Melalui peningkatan itu, pinjaman pengguna dan perniagaan kini dikenakan faedah sektar 1.5 hingga 1.75 peratus.