Politik | Rozali Ismail bakal tubuh parti berasaskan buruh

  • 2 tahun lalu
Tokoh Korporat, Tan Sri Rozali Ismail menyuarakan minat untuk menyertai politik melalui penubuhan parti baharu, bagi mewakili generasi peneroka, terutamanya penduduk Felda.

Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd itu berkata, hasrat itu timbul selepas Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Wawasan Generasi Felda semalam, yang mengusulkan persatuan itu mengkaji penubuhan parti keluarga Felda semalaysia yang akan menjadi suara dan naungan kepada masyarakat peneroka.