Kes 1MDB | Kerajaan masih tanggung hutang US$3 bilion - saksi

  • 2 tahun lalu
Kerajaan Malaysia masih menanggung hutang tiga bilion dolar Amerika yang dipinjam 1MDB tahun lepas.

Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Siti Zauyah Mohd Desa memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa, pinjaman tersebut diluluskan oleh kerajaan melalui surat sokongan yang ditandatangani Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan pada 2013.