PRU15: Biarlah pihak yang ada autoriti saja bercakap - Annuar

  • 2 years ago
Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa menggesa agar hanya pihak yang mempunyai autoriti seperti kepimpinan tertinggi parti yang boleh bercakap mengenai tarikh pilihan raya umum ke-15.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata Umno juga setakat ini masih belum membuat keputusan berhubung PRU15.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi hari ini yang membidasnya kerana menolak gesaan supaya PRU15 diadakan segera.