Parlimen | Jadikan sidang 'Parlimen Reformasi' yang bersejarah

  • 2 tahun lalu
Kerajaan perlu mengambil keputusan untuk menjadikan sidang parlimen akan datang iaitu pada Julai dan Ogos ini sebagai sidang Parlimen Reformasi yang bersejarah.

Veteran DAP yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, beberapa langkah perlu diambil dalam sidang akan datang ini termasuk membentangkan beberapa undag-undang reformasi.