[TERKINI] Pas minta UMNO nasihatkan Ahmad Zahid, tiada keperluan PRU15 disegerakan

  • 2 tahun lalu
Pas menyeru Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk berhenti seketika daripada "berpolitiking" kerana takut dengan bayang-bayang sendiri dan kehilangan jawatan.

Ketua Penerangan Pas, Senator Khairil Nizam Khirudin menegaskan, Ahmad Zahid seharusnya berikan fokus menggerakkan jentera UMNO untuk bersama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan hari ini dalam usaha menyelesaikan masalah rakyat terutamanya aspek ekonomi yang menekan akhir-akhir ini.