Isu Myanmar | Tekanan perlu gabungan pelbagai cara - Saifuddin

  • 2 tahun lalu
Terdapat keperluan untuk memberi lebih tekanan kepada pihak berkuasa tentera di Myanmar untuk menyelesaikan krisis semasa dan ia harus dilakukan melalui menggabungkan pelbagai cara, kata Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Berucap mengenai topik "Myanmar: Finding a Way Forward" pada sesi Pleno Dialog Shangri-La ke-19 pada Sabtu, Saifuddin berkata satu daripada caranya adalah berunding dengan pihak yang mahu didengari oleh junta.