Pendidikan | KPM sedang siapkan kertas kerja tingkat internet sekolah

  • 2 tahun lalu
Kementerian Pendidikan Malaysia sedang menyiapkan satu kertas kerja untuk dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet menteri berkaitan keperluan meningkatkan kemudahan internet di semua sekolah di negara ini.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, proses penyediaan kertas kerja itu kini di peringkat akhir dan turut membabitkan pandangan semua pihak dalam kementerian.