Harga Ayam | KPDNHEP siasat dakwaan ayam dijual sehingga RM13 sekilogram

  • 2 tahun lalu
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menyiasat dakwaan pengguna bahawa terdapat peniaga ayam yang menjual ayam sehingga RM13 sekilogram melebihi harga kawalan yang ditetapkan kerajaan.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, peniaga berkenaan dikatakan menjual ayam dengan harga tersebut secara terang-terangan sedangkan perbuatan itu melanggar peraturan.