Geran Khas 40% | SLS mahu semakan kehakiman selari hak Sabah

  • 2 tahun lalu
Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) memfailkan semakan kehakiman, susulan penerbitan warta persekutuan mengenai geran khas kepada Sabah yang dilihat tidak selari dengan hak negeri itu dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Wakil Peguam SLS, Jeyan T.M Marimuttu berkata, warta persekutuan pada 20 April itu hanya mengambil kira tempoh bayaran bermula tahun 2022 hingga 2026.

Sehubungan itu, semakan kehakiman tersebut menuntut bayaran 40 peratus hak sabah yang tertunggak iatu mulai tahun 1970-an hingga 2021.

Disyorkan