COVID-19 | Rawatan guna ubat antibodi Evusheld dalam masa terdekat

  • 2 tahun lalu
Kementerian Kesihatan (KKM) akan memulakan rawatan ubat antibodi Evusheld dalam masa terdekat, sebagai usaha memastikan golongan berisiko tinggi terus mendapat perlindungan daripada jangkitan COVID-19 secara optimum.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan memaklumkan, kajian menunjukkan bahawa ubat antibodi Evusheld dapat melindungi penerima daripada jangkitan COVID-19 untuk jangka masa enam bulan selepas pemberian suntikan.