Kebakaran | Warga emas maut, rumah sewa hangus dijilat api

  • 2 tahun lalu
Seorang wanita warga emas maut selepas rumah sewa didiaminya di Jalan Hang Kasturi, Jonker Walk, Melaka hangus dijilat api malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam selasa, mangsa Koo Kim Foong, 75 tahun disahkan maut di tempat kejadian selepas melecur hampir 70 peratus di bahagian paha dan perut.