Alam Sekitar | Jalankan peranan demi pulihara kelestarian lautan

  • 2 tahun lalu
Penanaman pokok bakau secara gotong-royong yang dilaksanakan agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan, NGO, sejak beberapa tahun lalu mampu mencegah hakisan serta memulihara habitat asal sumber perikanan.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan sekitaran Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Effi Helmy Ariffin berkata, kewujudan pokok bakau dan pelbagai spesis seumpamanya sebagai zon penampan membawa banyak manfaat dalam memulihara pantai terutama apabila berlaku banjir serta fenomena air pasang besar.