MRT Laluan Putrajaya | Fasa satu beroperasi mulai 16 Jun ini
  • 2 tahun lalu
Sistem pengangkutan awam negara menyaksikan satu lagi kemajuan apabila perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya fasa satu bakal beroperasi secara rasmi mulai jam 3 petang, 16 Jun ini.

MRT laluan ini meliputi jajaran sepanjang 17.5 kilometer membabitkan 12 stesen dari Kwasa Damansara ke Kampung Batu, Kuala Lumpur.

Sebanyak 20 set tren akan disediakan dengan setiap satu terdiri daripada empat buah gerabak dan boleh membawa seramai 1,200 penumpang.