Jenayah | 5 ditahan seleweng lebih 7,000 minyak masak bersubsidi

  • 2 tahun lalu
Lima lelaki tempatan ditahan pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sandakan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan menyeleweng lebih 7 ribu kilogram minyak masak bersubsidi.

Kesemua suspek yang berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah stor, di Jalan Gereja Batu Sembilan, Sandakan, Sabtu lalu.