Gempuran kedai haram warga asing di seluruh negri
  • 2 tahun lalu
Gempuran kedai haram warga asing di seluruh negri.

Playlist :
https://dailymotion.com/playlist/x7hzj2

Viral apa hari ini juga ada akun channel youtube
https://youtube.com/channel/UCJS0JRWlEOv2V-IApZiqzfg

OPERASI BERSEPADU MEROBOH GERAI HARAM

Satu operasi bersepadu meroboh gerai yang dibina tanpa kebenaran telah dijalankan oleh Jabatan Penguatkuasaan MBJB bersama Polis Diraja Malaysia (Balai Polis Desa Cemerlang) dan Tenaga Nasional Berhad di Jalan Istimewa dan Jalan Gemilang, Taman Desa Cemerlang. Operasi ini bermula dari jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 3.30 petang.

Sebanyak tujuh warung didirikan di rezab jalan dan berniaga tanpa lesen perniagaan telah diroboh di bawah kesalahan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, kerana mendirikan struktur bangunan di tempat awam tanpa kebenaran. Tindakan penguatkuasaan ini turut dilaksanakan kerana warung atau gerai tersebut dimiliki oleh warga asing sama ada ia telah disewakan atau sebaliknye dan selain tindakan ke atas warung yang usang dan terbiar.

Kesemuanya warung/gerai telah dinotiskan dan diberi amaran terlebih dahulu sebelum operasi dijalankan pada hari ini. Selain itu, pihak PDRM turut menahan kenderaan yang dipandu oleh warga asing kerana memandu tanpa lesen dan di bawa ke balai untuk tindakan lanjut.

Dalam operasi hari ini, tindakan sitaan juga telah dijalankan MBJB terhadap penjaja di lokasi tersebut kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen. Pemerhatian di tapak mendapati gerai tersebut dalam keadaan yang kotor dan berbau busuk.

Pemerhatian di tapak juga mendapati struktur gerai yang diroboh ini telah dibina di hadapan pintu pencawang TNB sehingga menyukarkan pihak TNB untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan.

Operasi meroboh gerai haram ini akan dijalankan secara berkala oleh MBJB. Adalah diharapkan agar warga bandaraya lebih peka dan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Source : Majlis bandaraya johor bahru ( MBJB )

#kedai
#wargaasing
#johor
Disyorkan