MoU Politik | Teliti Perkara 2 dan 3 dalam MoU - Annuar

  • 2 tahun lalu
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa meminta semua pihak meneliti dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) transformasi dan kestabilan politik antara kerajaan persekutuan dan Pakatan Harapan bagi mengelakkan kekeliruan mengenai tarikh tamat MoU itu.

Di laman Facebook beliau, Annuar memuat naik beberapa salinan MoU yang ditandatangani pada 13 September 2021 sebagai penjelasan kepada kenyataan beliau baru-baru ini bahawa tiada tarikh tamat bagi MoU itu.