SPRM | Jumlah belia terlibat rasuah meningkat

  • 2 tahun lalu
Sejumlah 21 orang belia berusia antara 18 hingga 23 tahun telah ditangkap bagi tempoh 2020 sehingga Jun 2022 oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas didapati terlibat dengan aktiviti rasuah.

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Norazlan Mohd Razali, untuk tempoh yang sama seramai 254 belia yang berusia 24 hingga 30 tahun juga turut ditangkap atas kesalahan yang sama.

Disyorkan