Alam Sekitar | Pendidikan asas pemuliharaan & pemeliharaan

  • 2 tahun lalu
Semua pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan kelangsungan diversiti alam semula jadi di Tanjung Kupang, Johor Bahru kekal terjamin buat generasi akan datang.

Sejajar usaha itu, pendedahan secara asas terhadap kepentingan menjaga dan memulihara alam sekitar perlu diberikan dalam kalangan masyarakat di negeri itu.

Demikian menjadi hasrat Kelab Alami Mukim Tanjung Kupang di Johor, yang mahu komuniti lokal lebih peka terhadap ekosistem setempat menjelang Hari Alam Sekitar pada 5 Jun nanti.