PBB | Turki kini dikenali sebagai Turkiye

  • 2 tahun lalu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan Turki akan dikenali sebagai 'Turkiye' selepas pertubuhan antarabangsa itu memberi lampu hijau kepada permintaan rasmi tentang perkara itu yang dikemukakan Ankara.

Menurut jurucakap kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres perubahan itu berkuat kuasa serta-merta.