Perkeso | 50,496 sukarelawan agensi kerajaan mencarum

  • 2 tahun lalu
Kerajaan menyasarkan 136 ribu Orang Bekerja Sendiri (OBS) mencarum dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), menerusi kempen mencarum Perkeso yang dilancarkan hari ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, setakat ini 50,496 sukarelawan daripada tujuh buah agensi kerajaan telah mendaftar.