Perkasa NFT | Kelab NFT Malaysia jalin kerjasama dengan MAHSA Universiti

  • 2 tahun lalu
Sebagai usaha menarik golongan muda, pertubuhan bukan kerjaan (NGO) Kelab NFT Malaysia (MNC) menjalinkan kerjasama dengan MAHSA Univeristy (MAHSA) untuk memperkasa dan menerajui kemajuan industri pemilikan aset digital, Non Fungible Token (NFT).

Menurut Presiden MNC, Shahfuddin Zaharulzaman, kerjasama ini melibatkan pertukaran penyelidik, tenaga pengajar, dan para pelajar, di samping penganjuran Persidangan NFT dan Meta Verse di peringkat domestik dan antarabangsa.