Vaksinasi COVID-19 | Kos di fasiliti swasta meliputi harga vaksin serta caj lain

  • 2 tahun lalu
Kos perkhidmatan vaksinasi COVID-19 di fasiliti swasta merangkumi harga vaksin serta beberapa caj yang ditetapkan sendiri oleh pengamal perubatan dan hospital terbabit.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, ia termasuk fi konsultasi dalam jadual ketujuh di bawah akta kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta 1998, caj perkhidmatan serta caj barangan pakai buang yang digunakan ketika mengendalikan suntikan vaksin COVID-19.