Tembakau | Harap Ahli Parlimen sokong akta baharu

  • 2 tahun lalu
Kementerian Kesihatan berharap semua Ahli Parlimen akan memberi sokongan kepada akta baharu kawalan tembakau dan rokok yang dijangka dibentangkan di Parlimen, Julai ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, draf akta baharu itu sudah dibawa ke pejabat Peguam Negara untuk kelulusan sebelum Rang Undang-Undang (RUU) berkenaan boleh dibentangkan ke Parlimen.