Kes Buli | Bapa bimbang hantar anak ke sekolah

  • 2 tahun lalu
Bapa mangsa buli, Zainizam Wakimun berkata, selepas insiden itu, dia bimbang untuk menghantar anaknya ke sekolah terbabit kerana khuatir perkara yang sama akan berulang memandangkan mereka yang terlibat dalam kes buli itu kembali ke sekolah yang sama selepas selesai perintah tahanan reman.

Malah katanya, pegawai perubatan yang memeriksa anaknya dinasihatkan untuk dirujuk kepada jabatan psikiatri untuk rawatan lanjut.