Mahkamah | Da'i Syed dilepas dan dibebaskan

  • 2 tahun lalu
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini melepas dan membebaskan pendakwah selebriti, Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut kolej swasta.

Hakim Jamaludin Mat membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal, 27 tahun, daripada kedua-dua pertuduhan.