Kes Mahkamah | Guna resit palsu, petugas JPJ didenda RM4,000

  • 2 tahun lalu
Seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ didenda 4 ribu ringgit oleh Mahkamah Sesyen Ipoh selepas mengaku bersalah menggunakan resit palsu sebagai tulen, dua tahun lalu.

Mohamad Helmi Ahmad Cabi yang bertugas sebagai pembantu tadbir di unit institut memandu bahagian perlesenan JPJ Perak, membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim M. Bakri Abd Majid.