Pemilihan PKR | Saifuddin ucap tahniah kepada Rafizi

  • 2 tahun lalu
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengucapkan tahniah kepada Mohd Rafizi Ramli yang setakat ini jauh mendahuluinya dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi jawatan Timbalan Presiden.

Menerusi coretan di Facebook peribadinya, Saifuddin menjelaskan beliau menghormati keputusan yang telah dibuat oleh ahli-ahli PKR seluruh negara.