Raikan Kaamatan | PETRONAS 366: Hari ke-151 - Keberanian Demi Kebenaran
  • 2 tahun lalu
Raikan Kaamatan ini dengan menonton drama bersiri ‘PETRONAS 366: hari ke-151, episod ketiga yang bertemakan Keberanian Demi Kebenaran.

Episod istimewa sempena Kaamatan ini membawa kita menyaksikan kehijauan khazanah di Sabah dengan merentas masa dan imaginasi.

Hari ke-151 ini mengisahkan keberanian Adam memberitahu Zhi Yi dan Poji perkara sebenar tentang kemalangan mereka, selain membawa penonton mendalami sebuah projek inovasi yang sedang diusahakannya.

Episod yang membawa kita ke kawasan pemulihan Kanyon Imbak di Sabah ini merupakan sambungan episod lalu, ‘Hari ke-123’ yang ditayangkan di ambang sambutan Hari Raya.

Saksikan drama bersiri ini di saluran Facebook dan YouTube PETRONAS.
Disyorkan