Tanam Pokok Ganja | Kertas siasatan terhadap bekas Diplomat sedang dilengkapkan
  • 2 tahun lalu
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan terhadap bekas Diplomat bergelar Datuk dan anak lelakinya kerana didakwa menanam pokok ganja di Pahang pada 21 Mei lalu.Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, kertas siasatan sedang dilengkapkan sebelum akan diserahkan ke Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat.