Tawan Everest | Misi KAME tidak dapat diteruskan atas faktor keselamatan

  • 2 tahun lalu
Misi Keluarga Malaysia Everest (KAME) 2022 memohon maaf kerana tidak dapat meneruskan pendakian ke puncak Everest atas faktor cuaca dan keselamatan.

Bagaimanapun, Ketua Misinya, Azim Afif Ishak menjelaskan perjuangan yang tertangguh itu akan tetap diteruskan pada tahun depan bersama anggota pendaki yang sama.

Beliau pada masa sama melahirkan penghargaan kepada penaja, rakyat Malaysia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sebelum ini banyak memberi kata-kata semangat bagi meneruskan misi menawan puncak tertinggi di dunia itu.