HAWANA 2022 | Profesion kewartawanan sebagai kerjaya berintegriti
  • 2 tahun lalu
Prof. Datuk Dr Ahmad Murad Merican berpandangan, kewartawanan Melayu perlu melalui proses pembaharuan dalam usaha untuk memperkasakan semula bidang tersebut.

Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu berkata, ia termasuk memperkenalkan subjek khusus mengenai sejarah kewartawanan Melayu di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Selain itu, penganjuran hawana 2022 juga diharap dapat menyusun atur profesion kewartawanan agar ia dilihat sebagai satu kerjaya yang boleh dipercayai dan mempunyai integriti yang tinggi.
Disyorkan