HFMD | 17 taska, pusat jagaan ditutup di Kelantan

  • 2 tahun lalu
17 taska dan pusat jagaan kanak-kanak diarahkan menutup operasi hari ini, susulan peningkatan kes penyakit tangan kaki dan mulut HFMD di Kelantan.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kes HFMD di negeri itu kini mencecah 3,726 kes setakat semalam.