Panda Gergasi | Anak ketiga dinamakan 'Sheng Yi'

  • 2 tahun lalu
Anak ketiga pasangan panda gergasi dari China, Xing Xing dan Liang Liang, dinamakan sebagai Sheng Yi selepas hampir setahun dilahirkan.

Nama tersebut diumumkan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada satu majlis di Pusat Konservasi Panda Gergasi Zoo Negara pagi Rabu yang turut dihadiri oleh Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujin.