Konflik Dunia | Jumlah pelarian global melebihi 100 juta orang

  • 2 tahun lalu
Jumlah penduduk yang terpaksa berpindah, melarikan diri, menjadi mangsa pencabulan hak asasi manusia dan penganiayaan serta keganasan kini sudah melebihi 100 juta.

Menurut Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, UNHCR, dengan konflik yang berterusan berlaku di seluruh dunia, ia jelas sekali memburukkan lagi keadaan, sekali gus dibimbangi menambah angka dicatatkan setakat ini.