MTDC | R2G dedah kepentingan teknologi dalam perniagaan

  • 2 tahun lalu
Buat kali ketiga Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) menganjurkan program Road2Growth 2022 (R2G) wilayah utara bagi mendedahkan kepentingan teknologi dalam perniagaan terutama kepada usahawan mikro dan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS).

Program di Hotel The Light, Seberang Jaya, Pulau Pinang itu susulan kejayaan program sama di Sabah dan Sarawak pada Mac lalu.

Pengarah Bahagian Pembangunan Teknologi MTDC, Mohammad Farish Nizar Othman memberitahu, Program R2G bertujuan membantu perusahaan mikro serta IKS meneroka peluang pembangunan teknologi melalui kerjasama dengan syarikat ahli ekosistem MTDC.

Disyorkan