Bekalan ayam kurang bukan kerana ladang tutup sementara - MAFI
  • 2 years ago
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menafikan dakwaan bahawa penutupan sementara ladang ayam tertentu pada hujung minggu menyebabkan kekurangan bekalan ayam di pasaran.

Ini berikutan laporan berita baru-baru ini berhubung sekumpulan 'kartel' industri ternakan ayam didakwa merancang menutup ladang ternakan pada hujung minggu sebagai protes kepada kerajaan yang dikatakan lambat melakukan bayaran subsidi.