Karnival AKM 2022 | Lebih 3,000 peluang pekerjaan ditawarkan

  • 2 tahun lalu
Lebih 3,000 peluang pekerjaan ditawarkan dalam Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 negeri Sabah.

Diadakan sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Sabah, karnival tiga hari itu turut disertai 39 majikan daripada pelbagai bidang.

Tinjauan AWANI Borneo pada hari terakhir karnival itu dilihat sangat memberangsangkan.

Baik daripada pihak syarikat mahupun golongan yang mencari kerja.