Kerjasana | PKNS-UiTM meterai MoU bagi memelihara SACF

  • 2 tahun lalu
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memelihara 85.3 ekar Hutan Komuniti Shah Alam (SACF) yang dimiliki PKNS.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas berkata, Hutan Komuniti PKNS yang terletak di Bandar Sierra Alam itu akan terus dipulihara sebagai habitat flora dan fauna serta kawasan ekologi.